Saturday, 22 September 2012

Sombong.


"Kita baru naik kapal terbang sudah sombong. Rasulullah s.a.w naik ke langit pun tidak sombong.

Kita baru naik Bugatti Veyron atau Lamborghini sudah sombong. Rasulullah s.a.w  menunggang Buraq yang selangkah kakinya itu sama dengan perjalanan sejauh mata memandang pun tidak sombong.

Kita kalau berjumpa dengan orang besar sikit sudah sombong dan merasa bangga. Kalau menteri senyum kepadanya dia merasa bangga.
Rasulullah s.a.w berjumpa dengan Allah s.w.t di Sidratul Muntaha yang mana Malaikat sendiri tak pernah masuk, tapi baginda tidak pun sombong.

Jadi, apa sebab kita mahu sombong atas dunia ini?

Peliklah tengok orang sombong ni!"

Kian parah.

Sudah bersawang blog, sesawang hati ini. Cey cey cey.

Sesetengah *pembetulan* KEBANYAKAN masalah kalau dikongsi dengan khalayak ramai akan selalu disalah tafsir, kan?
Sudahnya, kupendam sebuah duka (mood karok pun menerpa).

Alhamdulillah kerana ku masih ada Dia, pendengar yang amat setia.