Blog aku baru lagi. Jadi azam azam 2012 aku,tercapai atau sebaliknya tak perlu lah aku ceritakan disini ya :p
Azam 2013
1) Kukuhkan kerjaya (bidang pendidikan dan perniagaan). Masih dalam perancangan. Moga dipermudahkanNya.
2) Kuruskan badan sebelum bulan 5 (badan aku adalah sangat yoyo ya).
3) Taknak kerap sangat beli baju,seluar,skirt yang baru sebab masih banyak yang belum dipakai. (Kerap takpe. Jangan kerap sangat. Ngehngeh). Ahhh. Kuruskan badan,pakai je baju baju lama yang ada. Nanti mesti dah muat :p
4) Jadi isteri yang solehah.
5) Kekalkan hubungan rapat dengan sahabat sahabat walaupun sudah bertukar status. Hidup aku takkan sama tanpa sahabat disisi.
6) Dan yang terakhir; sesuatu yang amat kuimpikan. Kalau berjaya diperoleh,akan diceritakan dalam tajuk Azam 2014 (tak semua azam perlu dikongsi).
Mudah kan azam azam aku? InsyaAllah,bakal tercapai sebelum 2014 menjengah.
A daughter--sister--wife Pioneer in Rania Marketing Dealer for Celebrity Shape Dealer for Gluta Kojic Soap
Sunday, 30 December 2012
Saturday, 29 December 2012
Cara Allah Menunjukkan KekuasaanNya
Good morning,people! Selamat Hari Ahad!
Aku diuji olehNya. Lagi. Naik kelopak garam dah dua hari hoi!
Kelopak garam tak buat aku demam pun cuma badan aku akan rasa panas panas suam dek kerana tangan yang ganas menggaru kelopak kelopak garam yang gila gatal itu! Bengkak habis leher,tangan,paha. Pfft.
Sabar~
Ubat sentiasa ada sebab Mama memang ada penyakit gatal ni. Penyakit keturunan lah ni. Mama kata aku allergic. Dia suruh aku cari makanan apa yang aku makan yang buat kelopak garam ni naik. Tapi setahu aku,aku memang takde alahan yang teruk cuma gusi aku akan bengkak sedikit kalau aku makan udang. Itu sahaja.
Bangun pagi tadi,kelopak garam dah merebak ke seluruh badan. Bila merengek kat Mama,Mama kata "Along ni tak makanlah jadi macam ni. Orang lain naik kelopak garam sebab salah makan. Awak sebab tak makan". What the ffffffff. Aku makan kot! Cuma kadang kadang makan tak ikut waktu. (Telinga dok buat gatai dah. Garu garuuuuuuu)
Bukan tak mahu makan,ada misi yang perlu dilaksanakanlah ;)
Tapi kelopak garam ni tak buat aku rasa tak larat pun cuma dek tangan,leher dan muka yang membengkak,aku macam tak larat nak buat kerja rumah. Hahaha. Alasan untuk curi tulang.
Ini ujian untuk aku kan? Penyakit sedikit sebanyak menghapus dosa ku yang sukar untuk dihapuskan ni. Mengajar aku untuk sentiasa sabar. Sebab masa sihat aku jarang bersyukur,mungkin? Ya. Sabar dan redha itu mudah. Bersyukur itu payah.
Esok adalah hari terakhir bagi tahun ni. 2013,hidup aku bakal berubah sedikit. Menuju ke fasa kehidupan yang baru,insyaAllah. Moga dipermudahkan olehNya.
Dan esok jugak,Papa Mama dah buat plan untuk makan bersama sama bakal bakal menantu mereka. Ngehngeh. Akan kuupdate nanti ya.
Allah uji sebab Allah sayang.

Thursday, 20 December 2012
Dilema Bakal Pengantin
Kurang dari 8 bulan dari sekarang,insyaAllah aku bakal bergelar isteri. Perasaan aku? EXCITED!!! Mungkin ramai bakal pengantin di luar sana berperasaan sebegini,kan?
Jujur aku nyatakan,aku TAKUT. Ya Allah,besar tanggungjawab lepas kahwin rupanya. (Aku baru sedar akan semua ni sebab nak kahwin barulah aku menambahkan ilmu di dada).
Segala dosa aku selepas kahwin akan ditanggung oleh suami. Dan dosa dosa sang suami tidak perlu ditanggung oleh sang isteri. Aku rasa berdosa sebab nanti aku akan bebankan bakal suami aku dengan segala dosa aku. Jadi,bagi mengelakkan hal ini berlaku,aku harus membaiki segala kelemahan,kekurangan yang ada padaku mulai sekarang. Takkan lepas kahwin baru berusaha untuk membaiki diri masing masing,kan?
Kadang kadang terlintas dalam hati yang aku sememangnya belum bersedia untuk bersuami. Tapi,dalam Al Quran pun ada menyatakan,terdapat 4 perkara yang perlu disegerakan. Salah satunya adalah mengahwinkan anak perempuan secepat mungkin. Selalunya lepas selesainya kelas tafsir yang aku hadiri pada setiap hujung minggu,perasaan nak kahwin bukan main berkobar kobar (ngehngeh) sebab perkahwinan menurut Islam amat mudah sebenarnya.
Tapi bila fikirkan 'bebanan' yang seringkali menghantui fikiran,AKU RASA TAK SEDIA nak kahwin lagi. Perasaan berkobar kobar hilang entah ke mana. Solat nak cukupkan 5 waktu pun kadangkala kulengahkan. Subuh bukan setakat subuh gajah,subuh dinosaur pun aku selalu buat. Ada hati nak kahwin,eh? Tiang rumah sendiri pun rapuh,ada hati nak bina mahligai?
Isteri yang meninggalkan solat,dosa tersebut akan ditanggung oleh suami. Iklan sat : Tapi ada cara untuk suami lepaskan diri daripada menanggung dosa ni. Tapi hanya akan terjadi kalau salah seorang dari mereka tiada di rumah. Suami SMS/Whatsapp/Line isteri "sayang dah solat? Solat dulu ya". Dan isteri membalas,"dah abang" tapi sebenarnya isteri tak solat pun,tapi main angry bird. Haaa yang ni si isteri yang berdosa,si suami terlepas dari menanggung dosa si isteri kerana si suami telah pun melaksanakan tanggungjawabnya ;)
Walaupun persediaan telah dibuat,dewan dah tempah,wedding planner dah ada. Sebab majlis aku nanti it's going to be a double wedding. Majlis persandingan aku dan adik aku bakal dilangsungkan serentak. Tapi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku masih takut. Ya Allah,mudahkanlah Ya Allah.

Saturday, 22 September 2012
Sombong.
"Kita baru naik kapal terbang sudah
sombong. Rasulullah s.a.w naik ke langit pun tidak sombong.
Kita baru naik Bugatti Veyron atau
Lamborghini sudah sombong. Rasulullah s.a.w
menunggang Buraq yang selangkah kakinya itu sama dengan perjalanan
sejauh mata memandang pun tidak sombong.
Kita kalau berjumpa dengan orang
besar sikit sudah sombong dan merasa bangga. Kalau menteri senyum kepadanya dia
merasa bangga.
Rasulullah s.a.w berjumpa dengan
Allah s.w.t di Sidratul Muntaha yang mana Malaikat sendiri tak pernah masuk,
tapi baginda tidak pun sombong.
Jadi, apa sebab kita mahu sombong
atas dunia ini?
Peliklah tengok orang sombong ni!"
Kian parah.
Sudah bersawang blog, sesawang hati ini. Cey cey cey.
Sesetengah *pembetulan* KEBANYAKAN masalah kalau dikongsi dengan khalayak ramai akan selalu disalah tafsir, kan?
Sudahnya, kupendam sebuah duka (mood karok pun menerpa).
Alhamdulillah kerana ku masih ada Dia, pendengar yang amat setia.

Wednesday, 13 June 2012
Teristimewa Buat Mereka
16 years and counting..
14 years and counting..
Mereka - mereka
Dia
Serta dia..
Pertemuan demi pertemuan diaturkan
Demi mengeratkan lagi sebuah persahabatan yang sudah tersedia disimpul erat.
Sahabat,
Dunia ini tak seindah dijangka,
Diri ini hanyalah insan biasa,
Aturan dunia,
Kadangkala yang buruk itulah bahagia.
Sahabat,
Tuntutan kehidupan sering menghambat waktu,
Ku faham benar keadaan itu,
Tapi yakinlah jauh di dasar lubuk hatiku,
Terenap jua rindu pabila agak lama tidak ketemu.
Sahabat,
Kekadang kita terjerat dengan satu kisah yang tidak pernah terlintas difikiran,
Kuakui kekhilafan,
Kuperbetul kesalahan.
Sahabat,
Ku sedar terkadang di antara kita terguris rasa,
Dihimpit kecewa.
Sahabat,
Kumahu kalian tahu,
Walau sejuta rakan yang bakal kuketemu,
Duduk letaknya kalian di dalam ruang hatiku,
Ditukar ganti dengan apa jua tidakkan mampu.
Moga kalian ketemu bahagia yang jauh lebih baik dan lebih indah dari apa yang kalian bayangkan. InsyaAllah.
Monday, 28 May 2012
Teater Kelab Kelahi; oleh Mamu Raja Lawak
Pada Khamis malam (24/5/2012), aku bersama Safwan dan adikku Ain menonton Teater Kelab Kelahi lakonan Mamu (Azrul & Abu) Raja Lawak 4. Ini merupakan projek tahun akhir Abu.
Azrul merupakan kawan aku, yang kukenali lebih 3 tahun lalu semasa kami sama sama menjadi guru sandaran di Chung Ling High School.
Azrul, graduan USM juga, sebaya denganku. Seorang yang sangat gila gila, memang Penang mari punya. Agak rapat denganku ketika itu. Sekolah cinalah katakan, guru guru Melayu yang mengajar disitu boleh dikira dengan jari. Manakala Abu, merupakan rakan kepada boyfriend aku, pernah terserempak dengannya beberapa kali, kira kawan aku jugaklah.
Sebelum memasuki panggung pelenggang cahaya, USM (lokasi dimana teater dipentaskan), rakan sekelas Safwan, Xyn Parattakorn Pakdee menelefon dan ingin menonton bersama. Orang Bangkok rupanya. Jadi, kami memasuki pelenggang secara berempat.
Sebelum pementasan dimulakan, beberapa persembahan turut diselitkan.
Persembahan daripada wartawan Harian Metro, Rudy Syareme Sheriffudin, yang telah mengeluarkan single terbaru. Lagu melayu yang agak jiwang, ku tak minat ;p.
Persembahan ketiga.
Dan ini merupakan pengacaranya. Sheikh, handsome bukan? Macam penyanyi Korea. Juga merupakan peserta Raja Lawak musim keenam yang lalu. Penuntut USM.
Ajo Tyson memasuki gelanggang dari sebelah kiri pelenggang.
Pusingan 1 :
Perkelahian yang berlaku ketika zaman batu purba. Perkelahian manusia merebut makanan, menangkap haiwan untuk mengisi perut yang lapar.
Pusingan 2 :
Dua pengawal pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Seorang memihak kepada Hang Tuah, seorang lagi Hang Jebat. Perkelahian antara mereka masing masing mengatakan yang disokong adalah yang terkuat, terhebat.
Pusingan 3 :
Pergaduhan pada zaman sebelum kemerdekaan. Penduduk - penduduk Melayu yang tidak berpuas hati kerana tanah air mereka seringkali dijajah oleh kuasa - kuasa besar dunia ketika itu. Dalam pusingan ini, ketidakpuasan hati diluahkan oleh dua penduduk Tanah Melayu yang ketika itu berada di kota London.
Pusingan 4 :
Berkisarkan kehidupan masyarakat kita sekarang. Perebutan kuasa, permainan politik kotor. Sanggup menyantau (santau angin, air dan sebagainya) semata - mata ingin menjatuhkan parti lain. Walaupun isu yang dibangkitkan ini sesuatu yang serius, tetapi lawak - lawak yang diselitkan memang terbaikkk.
Yang uniknya mengenai pementasan ini, tiada pentas. Bulatan yang dibuat menggunakan tape adalah pentasnya. Penonton dapat memahami lawak dan mesej mesej yang disampaikan dengan lebih terang dan jelas kerana kami berada hanya sejengkal dari 'pentas' yang dimaksudkan.
Teater ni best! Aku baru mula berjinak - jinak menonton teater. Yelah, boyfriend merupakan orang senilah katakan ;).
"a magnificent show by abu @ mamu raja lawak for his final year project. a range of unanswered political and recent issues been covered in these theatre. thumbs up for abu and his gig :D" - Safwan Shaik Osman
Azrul merupakan kawan aku, yang kukenali lebih 3 tahun lalu semasa kami sama sama menjadi guru sandaran di Chung Ling High School.
Azrul, graduan USM juga, sebaya denganku. Seorang yang sangat gila gila, memang Penang mari punya. Agak rapat denganku ketika itu. Sekolah cinalah katakan, guru guru Melayu yang mengajar disitu boleh dikira dengan jari. Manakala Abu, merupakan rakan kepada boyfriend aku, pernah terserempak dengannya beberapa kali, kira kawan aku jugaklah.
Sebelum memasuki panggung pelenggang cahaya, USM (lokasi dimana teater dipentaskan), rakan sekelas Safwan, Xyn Parattakorn Pakdee menelefon dan ingin menonton bersama. Orang Bangkok rupanya. Jadi, kami memasuki pelenggang secara berempat.
Sebelum pementasan dimulakan, beberapa persembahan turut diselitkan.
Persembahan kedua.
Persembahan terakhir. Persembahan terakhir ini merupakan tarian daripada 3 orang 'perempuan'. Kenapa 'perempuan'? Sebab seorang daripada mereka lembuut orangnya. Sebenarnya boyfriendku yang bernama Safwan ini berat untuk mengambil gambar mereka ini. Puas pujuk, hanya satu gambar diambilnya. Sebab dia geli, malu juga mungkin. Sebab....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang 'perempuan' itu namanya SAFWANNN!! HAHAHAHA.
Kembali ke teater,
lebih kurang jam 8.45 p.m. teater tersebut bermula. 'Kelahi' merupakan
bahasa orang utara yang bermaksud 'gaduh'.
Kelab Kelahi - mengisahkan 5 plot berasingan mengikut 5 zaman dan mengetengahkan isu pergaduhan yang berlaku dalam
masyarakat sejak zaman batu sehingga masa hadapan (2070). Mamu, dikenali sebagai salah seorang peserta berkumpulan dalam Raja Lawak 4. Elemen elemen lawak memang diselitkan, their punch lines were good. Aku gelak kuat gila. Okay, semua penonton gelak kuat gila. Kecuali seorang penonton yang berada dibelakang kami (Akan diceritakan kemudian).Ajo Tyson memasuki gelanggang dari sebelah kiri pelenggang.
Pusingan 1 :
Perkelahian yang berlaku ketika zaman batu purba. Perkelahian manusia merebut makanan, menangkap haiwan untuk mengisi perut yang lapar.
Pusingan 2 :
Dua pengawal pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Seorang memihak kepada Hang Tuah, seorang lagi Hang Jebat. Perkelahian antara mereka masing masing mengatakan yang disokong adalah yang terkuat, terhebat.
Pusingan 3 :
Pergaduhan pada zaman sebelum kemerdekaan. Penduduk - penduduk Melayu yang tidak berpuas hati kerana tanah air mereka seringkali dijajah oleh kuasa - kuasa besar dunia ketika itu. Dalam pusingan ini, ketidakpuasan hati diluahkan oleh dua penduduk Tanah Melayu yang ketika itu berada di kota London.
Pusingan 4 :
Berkisarkan kehidupan masyarakat kita sekarang. Perebutan kuasa, permainan politik kotor. Sanggup menyantau (santau angin, air dan sebagainya) semata - mata ingin menjatuhkan parti lain. Walaupun isu yang dibangkitkan ini sesuatu yang serius, tetapi lawak - lawak yang diselitkan memang terbaikkk.
Tok bomoh air
Cara tok bomoh air menyebarkan santau
Santau menyantau antara dua bomoh
Pusingan 5 :
Berkisarkan pada zaman 2070, dimana manusia hilang pedoman, hilang pegangan hidup. Cara kehidupan, cara pemakaian, segalanya berubah (yang mungkin merupakan budaya hidup pada tahun tersebut kelak).
Cara pemakaian yang amat berbeza. Ala ala Superman gitu.
Pegangan hidup sudah terlalu rapuh
Dan pemenangnya adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Abu keding! Heheh
Sumber gambar di bawah : http://www.snappshooter.com
Salah seorang penonton perempuan yang duduk dikerusi belakang tempat duduk kami berempat memang banyak songeh. 'eee bisinglah ganggu konsentrasi', ayat yang dikeluarkan semasa seorang anak kecil ketawa terbahak - bahak tatkala mendengar lawak yang dibuat oleh para pelakon. 'diamlah!', marahnya bila para penonton ketawa. Aku memang hilang sabar, aku toleh dengan pandangan tajam, dia pandang aku dan diam. Selepas 5 minit, dia berbunyi lagi. 'ganggu konsentrasilah sangat. Yang awak kutuk tak habis - habis tu, tak ganggu pulak konsentrasi orang lain?', getusku didalam hati.Teater ni best! Aku baru mula berjinak - jinak menonton teater. Yelah, boyfriend merupakan orang senilah katakan ;).
"a magnificent show by abu @ mamu raja lawak for his final year project. a range of unanswered political and recent issues been covered in these theatre. thumbs up for abu and his gig :D" - Safwan Shaik Osman
Monday, 21 May 2012
Seandainya Bukan Hak Kita
Ada perkara yang ingin kita buang jauh-jauh.
Kita lemparkan ke hujung dunia,
Kita hapuskan dari minda dan ingatan.
Bukan kerana kita membenci.
Tetapi kerana menyedari,
Mengingatinya,
Hanya membuat kita terikat kepada sebuah kesedihan.
Menyimpannya,
Hanya membuat kita terkaku pada sebuah angan-angan.
Bukan membenci.
Bukan berputus asa.
Cuma sedar,
Ada sesetengah perkara,
Memang bukan hak kita.
;’)
Berbahagialah Wahai Anak-Anak Sulung
Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah
telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup ‘susah’ dahulu dengan
ibu bapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak
tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati,
menambah sayang kita pada ibu bapa kita. Kita menyaksikan ‘kesusahan’
mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang
terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari
ini tanpa melalui ‘kesusahan’ dahulu, itu rezeki mereka.
Percayalah,
rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?
Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibu bapa kita dengan meminta
itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun
ibu bapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibu bapa
kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening
kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?
Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibu bapa kita sebenarnya
menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak
sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu
mengalah. Sayang ibu bapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar
daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada
kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung
yang hebat??
Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibu bapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibu bapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibu bapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah.

“Sayang ibu
berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa”.
Terus kuat ya anak-anak
sulung!
Sunday, 20 May 2012
Much love!
My baby. Anak kecil yang terlalu rapat dengan aku. Disebalik keakraban ini,terselit kisah perit yang tak inginku ingat,tak ingin juga kuungkit. Yang mampu ku katakan,anak kecil ini adalah hikmah disebalik kejadian 3 tahun lalu.
Redha.
My other half.
Kedua duanya punya tempat yang istimewa didalam hatiku.
Sebab? Nak tahu sebabnya? Baiklah.
Sebab..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
RAMBUT DEPA SAMA!
Hahahah.
Redha.
My other half.
Kedua duanya punya tempat yang istimewa didalam hatiku.
Sebab? Nak tahu sebabnya? Baiklah.
Sebab..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
RAMBUT DEPA SAMA!
Hahahah.
Happy birthday!
Pabila usia semakin menginjak ke angka yang lebih besar,
Pabila sahabat sahabat mula punya kehidupan sendiri,
Pabila jarak menjadi pemisah,
Pabila masalah semakin membuak,
Mungkin
.
.
.
.
.
.
.
Kelahiran sebuah blog kini perlu bagiku.
Pabila sahabat sahabat mula punya kehidupan sendiri,
Pabila jarak menjadi pemisah,
Pabila masalah semakin membuak,
Mungkin
.
.
.
.
.
.
.
Kelahiran sebuah blog kini perlu bagiku.
Subscribe to:
Posts (Atom)