Good morning,people! Selamat Hari Ahad!
Aku diuji olehNya. Lagi. Naik kelopak garam dah dua hari hoi!
Kelopak garam tak buat aku demam pun cuma badan aku akan rasa panas panas suam dek kerana tangan yang ganas menggaru kelopak kelopak garam yang gila gatal itu! Bengkak habis leher,tangan,paha. Pfft.
Sabar~
Ubat sentiasa ada sebab Mama memang ada penyakit gatal ni. Penyakit keturunan lah ni. Mama kata aku allergic. Dia suruh aku cari makanan apa yang aku makan yang buat kelopak garam ni naik. Tapi setahu aku,aku memang takde alahan yang teruk cuma gusi aku akan bengkak sedikit kalau aku makan udang. Itu sahaja.
Bangun pagi tadi,kelopak garam dah merebak ke seluruh badan. Bila merengek kat Mama,Mama kata "Along ni tak makanlah jadi macam ni. Orang lain naik kelopak garam sebab salah makan. Awak sebab tak makan". What the ffffffff. Aku makan kot! Cuma kadang kadang makan tak ikut waktu. (Telinga dok buat gatai dah. Garu garuuuuuuu)
Bukan tak mahu makan,ada misi yang perlu dilaksanakanlah ;)
Tapi kelopak garam ni tak buat aku rasa tak larat pun cuma dek tangan,leher dan muka yang membengkak,aku macam tak larat nak buat kerja rumah. Hahaha. Alasan untuk curi tulang.
Ini ujian untuk aku kan? Penyakit sedikit sebanyak menghapus dosa ku yang sukar untuk dihapuskan ni. Mengajar aku untuk sentiasa sabar. Sebab masa sihat aku jarang bersyukur,mungkin? Ya. Sabar dan redha itu mudah. Bersyukur itu payah.
Esok adalah hari terakhir bagi tahun ni. 2013,hidup aku bakal berubah sedikit. Menuju ke fasa kehidupan yang baru,insyaAllah. Moga dipermudahkan olehNya.
Dan esok jugak,Papa Mama dah buat plan untuk makan bersama sama bakal bakal menantu mereka. Ngehngeh. Akan kuupdate nanti ya.
Allah uji sebab Allah sayang.
No comments:
Post a Comment