Kurang dari 8 bulan dari sekarang,insyaAllah aku bakal bergelar isteri. Perasaan aku? EXCITED!!! Mungkin ramai bakal pengantin di luar sana berperasaan sebegini,kan?
Jujur aku nyatakan,aku TAKUT. Ya Allah,besar tanggungjawab lepas kahwin rupanya. (Aku baru sedar akan semua ni sebab nak kahwin barulah aku menambahkan ilmu di dada).
Segala dosa aku selepas kahwin akan ditanggung oleh suami. Dan dosa dosa sang suami tidak perlu ditanggung oleh sang isteri. Aku rasa berdosa sebab nanti aku akan bebankan bakal suami aku dengan segala dosa aku. Jadi,bagi mengelakkan hal ini berlaku,aku harus membaiki segala kelemahan,kekurangan yang ada padaku mulai sekarang. Takkan lepas kahwin baru berusaha untuk membaiki diri masing masing,kan?
Kadang kadang terlintas dalam hati yang aku sememangnya belum bersedia untuk bersuami. Tapi,dalam Al Quran pun ada menyatakan,terdapat 4 perkara yang perlu disegerakan. Salah satunya adalah mengahwinkan anak perempuan secepat mungkin. Selalunya lepas selesainya kelas tafsir yang aku hadiri pada setiap hujung minggu,perasaan nak kahwin bukan main berkobar kobar (ngehngeh) sebab perkahwinan menurut Islam amat mudah sebenarnya.
Tapi bila fikirkan 'bebanan' yang seringkali menghantui fikiran,AKU RASA TAK SEDIA nak kahwin lagi. Perasaan berkobar kobar hilang entah ke mana. Solat nak cukupkan 5 waktu pun kadangkala kulengahkan. Subuh bukan setakat subuh gajah,subuh dinosaur pun aku selalu buat. Ada hati nak kahwin,eh? Tiang rumah sendiri pun rapuh,ada hati nak bina mahligai?
Isteri yang meninggalkan solat,dosa tersebut akan ditanggung oleh suami. Iklan sat : Tapi ada cara untuk suami lepaskan diri daripada menanggung dosa ni. Tapi hanya akan terjadi kalau salah seorang dari mereka tiada di rumah. Suami SMS/Whatsapp/Line isteri "sayang dah solat? Solat dulu ya". Dan isteri membalas,"dah abang" tapi sebenarnya isteri tak solat pun,tapi main angry bird. Haaa yang ni si isteri yang berdosa,si suami terlepas dari menanggung dosa si isteri kerana si suami telah pun melaksanakan tanggungjawabnya ;)
Walaupun persediaan telah dibuat,dewan dah tempah,wedding planner dah ada. Sebab majlis aku nanti it's going to be a double wedding. Majlis persandingan aku dan adik aku bakal dilangsungkan serentak. Tapi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku masih takut. Ya Allah,mudahkanlah Ya Allah.
1 comment:
Ameen :)
Post a Comment