Okay,straight to the point. Bulan Disember 2012 aku mula guna Tabita. Beli daripada kawan Facebook. Sekarang macam macam keburukan dah kita dengar pasal Tabita,kan? Ya,aku dah berhenti guna pun. Masa awal awal nak pakai,bakal adik ipar ada retweet conversation dia dengan salah seorang rakan mengenai keburukan Tabita. Kalau tak salah aku,seorang kenalan/ahli keluarga kepada rakannya menggunakan Tabita & bila berhenti,muka jadi teruk sampai terpaksa jumpa doktor.
TAPI
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku berkeras nak guna jugak SEBAB BULAN 2 NAK TUNANG! Muahahaha.
Ya,aku akui kulit muka jadi lembut,pipi kemerahan-merahan walaupun tak pakai pemerah pipi(orang yang tolong aku angkat bakul ya :p). Kulit jadi putih(tapi Mama awal awal lagi terdetik dalam hati yang kalau orang puji kulit putih,there must be something wrong sebab my face actually appeared some kind of shading (menurut pandangan seorang ahli farmasi,katanya. Tapi Mama bagitahu aku semua ni lepas aku sendiri yang nekad berhenti guna skincare ni. Awal awal dia tak cakap). Masalah whiteheads berkurang,sangat kurang. Tapi satu saja yang Tabita tak mampu puaskan hati aku iaitu kulit muka aku masih berminyak. Aku masih perlu menggunakan Clean&Clear oil control film 2 helai sehari. Aku beli set RM 359 yang mampu digunakan sampai 4-5 bulan tu.
Bulan Mac,aku dah dengar macam macam maklumat mengenai keburukan/kesan sampingan pasal Tabita ni. DENGAR ya,bukan TERBACA mana mana lagi. Bila aku cuba search,aku masih tak jumpa keburukan/kesan kesan sampingan yang dinyatakan dengan jelas dan terperinci tapi gerak hati aku dah semacam suruh aku hentikan penggunaannya.
Dan ya,aku berhenti wehhhh. Beratnya hati nak berhenti. Risau apa jadi dengan muka lagi,kan? Bila aku berhenti,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PAMMMMMMMMMMMMMMMMMM!
1)Whiteheads muncul kembali
2) Muka jadi kasar
3)Bawah bibir (tepi dagu) jadi kehitaman,mengelupas.
4)Kulit makin gelap,mengelupas yang amat dasyat sebab sampai senyum atau makan
pun rasa macam pakai botox! Macam tertarik!
Semua ni jadi masa kedai mula beroperasi. Ya Allah,serabut yang amat! Dengan kedai lagi,dengan muka lagi.
Penyelamat datang. Hahaha. Pekerja kedai,Ila syorkan aku guna sabun ni.
Sabun Glutakojic 3 Layer
Ila,she was previously a beautician. Harga sabun ni sangat murah,RM 19. Besar. Potong jadi beberapa bahagian,guna sikit sikit. Alhamdulillah,muka aku dah pulih seperti sediakala. Kulit jadi lembut,whiteheads makin berkurang dan yang PALING BEST muka dah tak berminyak! Yeayyyyyyy!!!
Meh aku senaraikan beberapa kebaikan sabun ni:
-Mencerahkan kulit anda dengan membuang sel-sel kulit mati pada lapisan paling luar secara berperingkat. Hasilnya kulit tampak lebih cerah, muda & tegang.
-Membantu mengecutkan, mengurangkan, menghilangkan jerawat dan kulit berminyak. Perubahan boleh dilihat seawal 3 hari sahaja.
-Menyamaratakan ton warna kulit yang tidak sekata.
-Membuang sel-sel kulit mati pada lapisan pertama kulit sahaja.
-Menyelesaikan masalah whitehead/blackhead.
-Mengatasi masalah melasma.
-Memudarkan parut jerawat di muka dan badan
-Mencerahkan kulit muka dan badan
-Allergy tested
-Hypoallergenic
-Memudarkan dan menghilangkan kesan-kesan hitam di celah-celah lipatan seperti ketiak dan celah peha.
-Menegangkan kulit.
-Menyelesaikan masalah pigmentasi dan jeragat
-Anti-ageing
-Kelebihan VCO yang terdapat dalam sabun ini mampu melembapkan kulit dengan serapan yang cepat.
-Mengurangkan masalah kekeringan kulit kerana diperkayakan dengan tambahan vitamin C & E.
-Bagi wanita yang sudah bersalin boleh digunakan pada badan untuk memudarkan dan menghilangkan parut 'stretch marks'
Cara guna:
Cuci muka/badan dengan sabun ini dan tinggalkan selama 3-5 minit di kulit muka/badan anda sebelum bilas dengan air bersih. Untuk kulit sensitif cukup sekadar 30-60 saat.
Inilah beautician yang dimaksudkan
Nik Siti Noor Fadhillah
Untuk makluman,aku sikit pun tak salahkan kawan yang jual Tabita Skincare tu sebab aku yang nak beli,kan? Sendiri mau,sendiri tanggunglah kawan :)

