Monday, 28 May 2012

Teater Kelab Kelahi; oleh Mamu Raja Lawak

Pada Khamis malam (24/5/2012), aku bersama Safwan dan adikku Ain menonton Teater Kelab Kelahi lakonan Mamu (Azrul & Abu) Raja Lawak 4. Ini merupakan projek tahun akhir Abu.


Azrul merupakan kawan aku, yang kukenali lebih 3 tahun lalu semasa kami sama sama menjadi guru sandaran di Chung Ling High School. 
Azrul, graduan USM juga, sebaya denganku. Seorang yang sangat gila gila, memang Penang mari punya. Agak rapat denganku ketika itu. Sekolah cinalah katakan, guru guru Melayu yang mengajar disitu boleh dikira dengan jari. Manakala Abu, merupakan rakan kepada boyfriend aku, pernah terserempak dengannya beberapa kali, kira kawan aku jugaklah.


Sebelum memasuki panggung pelenggang cahaya, USM (lokasi dimana teater dipentaskan), rakan sekelas Safwan, Xyn Parattakorn Pakdee menelefon dan ingin menonton bersama. Orang Bangkok rupanya. Jadi, kami memasuki pelenggang secara berempat.



Sebelum pementasan dimulakan, beberapa persembahan turut diselitkan.

Persembahan daripada wartawan Harian Metro, Rudy Syareme Sheriffudin, yang telah mengeluarkan single terbaru. Lagu melayu yang agak jiwang, ku tak minat ;p.

Persembahan kedua.

Persembahan ketiga.


Persembahan terakhir. Persembahan terakhir ini merupakan tarian daripada 3 orang 'perempuan'. Kenapa 'perempuan'? Sebab seorang daripada mereka lembuut orangnya. Sebenarnya boyfriendku yang bernama Safwan ini berat untuk mengambil gambar mereka ini. Puas pujuk, hanya satu gambar diambilnya. Sebab dia geli, malu juga mungkin. Sebab....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang 'perempuan' itu namanya SAFWANNN!! HAHAHAHA.

Dan ini merupakan pengacaranya. Sheikh, handsome bukan? Macam penyanyi Korea. Juga merupakan peserta Raja Lawak musim keenam yang lalu. Penuntut USM.

Kembali ke teater, lebih kurang jam 8.45 p.m. teater tersebut bermula. 'Kelahi' merupakan bahasa orang utara yang bermaksud 'gaduh'.
Kelab Kelahi - mengisahkan 5 plot berasingan mengikut 5 zaman dan mengetengahkan isu pergaduhan yang berlaku dalam masyarakat sejak zaman batu sehingga masa hadapan (2070). Mamu, dikenali sebagai salah seorang peserta berkumpulan dalam Raja Lawak 4. Elemen elemen lawak memang diselitkan, their punch lines were good. Aku gelak kuat gila. Okay, semua penonton gelak kuat gila. Kecuali seorang penonton yang berada dibelakang kami (Akan diceritakan kemudian).
Ajo Tyson memasuki gelanggang dari sebelah kiri pelenggang.


Pusingan 1
Perkelahian yang berlaku ketika zaman batu purba. Perkelahian manusia merebut makanan, menangkap haiwan untuk mengisi perut yang lapar.


Pusingan 2 :  
Dua pengawal pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Seorang memihak kepada Hang Tuah, seorang lagi Hang Jebat. Perkelahian antara mereka masing masing mengatakan yang disokong adalah yang terkuat, terhebat.



Pusingan 3 :
Pergaduhan pada zaman sebelum kemerdekaan. Penduduk - penduduk Melayu yang tidak berpuas hati kerana tanah air mereka seringkali dijajah oleh kuasa - kuasa besar dunia ketika itu. Dalam pusingan ini, ketidakpuasan hati diluahkan oleh dua penduduk Tanah Melayu yang ketika itu berada di kota London.




Pusingan 4 :
Berkisarkan kehidupan masyarakat kita sekarang. Perebutan kuasa, permainan politik kotor. Sanggup menyantau (santau angin, air dan sebagainya) semata - mata ingin menjatuhkan parti lain. Walaupun isu yang dibangkitkan ini sesuatu yang serius, tetapi lawak - lawak yang diselitkan memang terbaikkk.
 Tok bomoh air
Cara tok bomoh air menyebarkan santau
Santau menyantau antara dua bomoh
Pusingan 5 :
Berkisarkan pada zaman 2070, dimana manusia hilang pedoman, hilang pegangan hidup. Cara kehidupan, cara pemakaian, segalanya berubah (yang mungkin merupakan budaya hidup pada tahun tersebut kelak).
 Cara pemakaian yang amat berbeza. Ala ala Superman gitu.

Pegangan hidup sudah terlalu rapuh

Dan pemenangnya adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Abu keding! Heheh
 
Yang uniknya mengenai pementasan ini, tiada pentas. Bulatan yang dibuat menggunakan tape adalah pentasnya. Penonton dapat memahami lawak dan mesej mesej yang disampaikan dengan lebih terang dan jelas kerana kami berada hanya sejengkal dari 'pentas' yang dimaksudkan.
Sumber gambar di bawah : http://www.snappshooter.com
Salah seorang penonton perempuan yang duduk dikerusi belakang tempat duduk kami berempat memang banyak songeh. 'eee bisinglah ganggu konsentrasi', ayat yang dikeluarkan semasa seorang anak kecil ketawa terbahak - bahak tatkala mendengar lawak yang dibuat oleh para pelakon. 'diamlah!', marahnya bila para penonton ketawa. Aku memang hilang sabar, aku toleh dengan pandangan tajam, dia pandang aku dan diam. Selepas 5 minit, dia berbunyi lagi. 'ganggu konsentrasilah sangat. Yang awak kutuk tak habis - habis tu, tak ganggu pulak konsentrasi orang lain?', getusku didalam hati.


Teater ni best! Aku baru mula berjinak - jinak menonton teater. Yelah, boyfriend merupakan orang senilah katakan ;).


"a magnificent show by abu @ mamu raja lawak for his final year project. a range of unanswered political and recent issues been covered in these theatre. thumbs up for abu and his gig :D" - Safwan Shaik Osman

Monday, 21 May 2012

Seandainya Bukan Hak Kita

Ada perkara yang ingin kita buang jauh-jauh.
Kita lemparkan ke hujung dunia,
Kita hapuskan dari minda dan ingatan.
Bukan kerana kita membenci.


Tetapi kerana menyedari,
Mengingatinya,
Hanya membuat kita terikat kepada sebuah kesedihan.
Menyimpannya,
Hanya membuat kita terkaku pada sebuah angan-angan.


Bukan membenci.
Bukan berputus asa.
Cuma sedar,
Ada sesetengah perkara,
Memang bukan hak kita.
;’)


Berbahagialah Wahai Anak-Anak Sulung

Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup ‘susah’ dahulu dengan ibu bapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibu bapa kita. Kita menyaksikan ‘kesusahan’ mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui ‘kesusahan’ dahulu, itu rezeki mereka. 
Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?

Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibu bapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibu bapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibu bapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?
Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibu bapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibu bapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??

Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibu bapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibu bapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibu bapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. 

“Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa”. 

Terus kuat ya anak-anak sulung!




Sunday, 20 May 2012

Much love!

My baby. Anak kecil yang terlalu rapat dengan aku. Disebalik keakraban ini,terselit kisah perit yang tak inginku ingat,tak ingin juga kuungkit. Yang mampu ku katakan,anak kecil ini adalah hikmah disebalik kejadian 3 tahun lalu.

Redha.

 
 My other half.

Kedua duanya punya tempat yang istimewa didalam hatiku.
Sebab? Nak tahu sebabnya? Baiklah.
Sebab..
.
.
.
.
.
.

.
.
.
RAMBUT DEPA SAMA!
Hahahah.

Happy birthday!

Pabila usia semakin menginjak ke angka yang lebih besar,
Pabila sahabat sahabat mula punya kehidupan sendiri,
Pabila jarak menjadi pemisah,
Pabila masalah semakin membuak,
Mungkin
.
.
.
.
.
.
.
Kelahiran sebuah blog kini perlu bagiku.