Monday, 28 May 2012

Teater Kelab Kelahi; oleh Mamu Raja Lawak

Pada Khamis malam (24/5/2012), aku bersama Safwan dan adikku Ain menonton Teater Kelab Kelahi lakonan Mamu (Azrul & Abu) Raja Lawak 4. Ini merupakan projek tahun akhir Abu.


Azrul merupakan kawan aku, yang kukenali lebih 3 tahun lalu semasa kami sama sama menjadi guru sandaran di Chung Ling High School. 
Azrul, graduan USM juga, sebaya denganku. Seorang yang sangat gila gila, memang Penang mari punya. Agak rapat denganku ketika itu. Sekolah cinalah katakan, guru guru Melayu yang mengajar disitu boleh dikira dengan jari. Manakala Abu, merupakan rakan kepada boyfriend aku, pernah terserempak dengannya beberapa kali, kira kawan aku jugaklah.


Sebelum memasuki panggung pelenggang cahaya, USM (lokasi dimana teater dipentaskan), rakan sekelas Safwan, Xyn Parattakorn Pakdee menelefon dan ingin menonton bersama. Orang Bangkok rupanya. Jadi, kami memasuki pelenggang secara berempat.



Sebelum pementasan dimulakan, beberapa persembahan turut diselitkan.

Persembahan daripada wartawan Harian Metro, Rudy Syareme Sheriffudin, yang telah mengeluarkan single terbaru. Lagu melayu yang agak jiwang, ku tak minat ;p.

Persembahan kedua.

Persembahan ketiga.


Persembahan terakhir. Persembahan terakhir ini merupakan tarian daripada 3 orang 'perempuan'. Kenapa 'perempuan'? Sebab seorang daripada mereka lembuut orangnya. Sebenarnya boyfriendku yang bernama Safwan ini berat untuk mengambil gambar mereka ini. Puas pujuk, hanya satu gambar diambilnya. Sebab dia geli, malu juga mungkin. Sebab....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang 'perempuan' itu namanya SAFWANNN!! HAHAHAHA.

Dan ini merupakan pengacaranya. Sheikh, handsome bukan? Macam penyanyi Korea. Juga merupakan peserta Raja Lawak musim keenam yang lalu. Penuntut USM.

Kembali ke teater, lebih kurang jam 8.45 p.m. teater tersebut bermula. 'Kelahi' merupakan bahasa orang utara yang bermaksud 'gaduh'.
Kelab Kelahi - mengisahkan 5 plot berasingan mengikut 5 zaman dan mengetengahkan isu pergaduhan yang berlaku dalam masyarakat sejak zaman batu sehingga masa hadapan (2070). Mamu, dikenali sebagai salah seorang peserta berkumpulan dalam Raja Lawak 4. Elemen elemen lawak memang diselitkan, their punch lines were good. Aku gelak kuat gila. Okay, semua penonton gelak kuat gila. Kecuali seorang penonton yang berada dibelakang kami (Akan diceritakan kemudian).
Ajo Tyson memasuki gelanggang dari sebelah kiri pelenggang.


Pusingan 1
Perkelahian yang berlaku ketika zaman batu purba. Perkelahian manusia merebut makanan, menangkap haiwan untuk mengisi perut yang lapar.


Pusingan 2 :  
Dua pengawal pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Seorang memihak kepada Hang Tuah, seorang lagi Hang Jebat. Perkelahian antara mereka masing masing mengatakan yang disokong adalah yang terkuat, terhebat.



Pusingan 3 :
Pergaduhan pada zaman sebelum kemerdekaan. Penduduk - penduduk Melayu yang tidak berpuas hati kerana tanah air mereka seringkali dijajah oleh kuasa - kuasa besar dunia ketika itu. Dalam pusingan ini, ketidakpuasan hati diluahkan oleh dua penduduk Tanah Melayu yang ketika itu berada di kota London.




Pusingan 4 :
Berkisarkan kehidupan masyarakat kita sekarang. Perebutan kuasa, permainan politik kotor. Sanggup menyantau (santau angin, air dan sebagainya) semata - mata ingin menjatuhkan parti lain. Walaupun isu yang dibangkitkan ini sesuatu yang serius, tetapi lawak - lawak yang diselitkan memang terbaikkk.
 Tok bomoh air
Cara tok bomoh air menyebarkan santau
Santau menyantau antara dua bomoh
Pusingan 5 :
Berkisarkan pada zaman 2070, dimana manusia hilang pedoman, hilang pegangan hidup. Cara kehidupan, cara pemakaian, segalanya berubah (yang mungkin merupakan budaya hidup pada tahun tersebut kelak).
 Cara pemakaian yang amat berbeza. Ala ala Superman gitu.

Pegangan hidup sudah terlalu rapuh

Dan pemenangnya adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Abu keding! Heheh
 
Yang uniknya mengenai pementasan ini, tiada pentas. Bulatan yang dibuat menggunakan tape adalah pentasnya. Penonton dapat memahami lawak dan mesej mesej yang disampaikan dengan lebih terang dan jelas kerana kami berada hanya sejengkal dari 'pentas' yang dimaksudkan.
Sumber gambar di bawah : http://www.snappshooter.com
Salah seorang penonton perempuan yang duduk dikerusi belakang tempat duduk kami berempat memang banyak songeh. 'eee bisinglah ganggu konsentrasi', ayat yang dikeluarkan semasa seorang anak kecil ketawa terbahak - bahak tatkala mendengar lawak yang dibuat oleh para pelakon. 'diamlah!', marahnya bila para penonton ketawa. Aku memang hilang sabar, aku toleh dengan pandangan tajam, dia pandang aku dan diam. Selepas 5 minit, dia berbunyi lagi. 'ganggu konsentrasilah sangat. Yang awak kutuk tak habis - habis tu, tak ganggu pulak konsentrasi orang lain?', getusku didalam hati.


Teater ni best! Aku baru mula berjinak - jinak menonton teater. Yelah, boyfriend merupakan orang senilah katakan ;).


"a magnificent show by abu @ mamu raja lawak for his final year project. a range of unanswered political and recent issues been covered in these theatre. thumbs up for abu and his gig :D" - Safwan Shaik Osman

2 comments:

Anonymous said...

Bestkan. Nanti kalau ada lagi, Anna nak pegi jgk lah. :)

Unknown said...

Jom! Nanti kalau ada lagi, Along bagitau Anna okay. Boleh kita pegi tengok :)