Monday, 6 October 2014

Rania Marketing - Kenapa MLM?

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni aku nak cerita panjang lebar pasal bisnes yang aku baruuu sangat ceburi,tak sampai 5 bulan tapi dah membawa pulangan yang agak lumayan untuk aku,suami & adik beradik aku yang lain. Agak lumayan sebab baru lagi kan :D

Okay biar aku berlaku jujur. Rania Marketing merupakan sebuah Multi-Level Marketing (MLM). Aku sebenarnya dah menceburkan diri dalam bisnes MLM kira kira 2 tahun yang lepas sebab aku merupakan ahli Cosway kan. Ya,Cosway merupakan sebuah syarikat MLM yang dah lama bertapak di Malaysia. Beratus-ratus cawangan Cosway & Cosway Farmasi di seluruh negara,tu tak termasuk yang kat luar negara lagi.

"Dah elok elok masuk Cosway,dah ada Cosway Farmasi sendiri dah pun tapi awat nak buat Rania pulak?" Soalan yang sangat bagus! Meh sini aku bagitahu sebabnya.

Sebab..


..

..


..



AKU NAK JADI PIONEER. Aku nak jadi yang teratas. Aku sertai Cosway lepas berpuluh tahun ia ditubuhkan. Kedai aku tiap tiap bulan Alhamdulillah sales tak pernah mengecewakan. Untung. Kalau aku untung,bayangkan orang orang yang sertai Cosway masa awal awal Cosway wujud dulu. Tak ke berjuta juta kali ganda untung?? Sekarang ni lah masanya peluang aku,PELUANG KITA untuk jadi yang terawal,jadi yang teratas,jadi pioneer. 


Kenapa MLM?
1) MLM merupakan kaedah paling pantas untuk memasarkan sesuatu produk
2) MLM merupakan cara terpantas untuk mendarabkan wang anda. Maksudnya keuntungan yang bakal anda dapat (yang mana saya dah dapat Alhamdulillah) adalah berlipat kali ganda.

Takkan taknak kan?

Ada isu timbul yang mengatakan MLM ni HARAM. Sifu saya,Dr Mohd Zuri Ghani sendiri dah rujuk masalah ni dengan seorang ustaz & ustaz ni kata MLM tak haram dengan syarat kita usaha,jangan duduk goyang kaki & kaut untung dari hasil orang orang bawah kita buat kerja. Yang tu salah. Apa kerja sekalipun kalau kita tak usaha,goyang kaki & hujung bulan dapat gaji--tetap haram kan?

"tapi MLM kena cari orang. Tak retiii".

Jawapan aku mudah ja. Tak reti,belajar. Nak seribu daya,taknak seribu dalih. Mana ada satu pekerjaan pun yang kita tak perlu berurusan dengan orang. Apa pekerjaan sekalipun,kita masih kena cari orang,kena bekerja dengan orang kan? Mana ada pekerjaan yang memerlukan kita berurusan dengan beruk? Ada. Pekerja zoo. 


Haa ni antara sebab musabab kenapa aku terbuka hati untuk sertai RM. Nanti aku ceritakan lagi sebab musabab penting yang buat aku fell in love with RM. Gittew--





No comments: